Tanggal 7 Januari 1951, Sekolah Melayu Polis Depot telah dibuka dengan rasminya oleh Komandan Polis Depot, Tuan F. K. Micnamara dengan dihadiri oleh Tuan J R Davidson sebagai Pengarah Pelajaran Selangor ketika itu dan pegawai tinggi polis serta pegawai-pegawai lain dari Jabatan Pelajaran Selangor.
Bangunan sekolah ini asalnya adalah sebuah bangunan rumah pegawai polis yang sengaja dikosongkan bagi memudahkan anak-anak di sekitar Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur belajar. Bangunan ini mengandungi enam bilik yang tidak sama besarnya dan terletak dalam kawasan Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di Jalan Gurney yang kini dikenali dengan nama Jalan Semarak dengan dikelilingi oleh berek-berek kelamin polis. Sebelum adanya sekolah ini, anak-anak penduduk kawasan ini belajar di Sekolah Melayu Princess Road bagi kanak-kanak lelaki dan Sekolah Melayu Kampung Baharu bagi kanak-kanak perempuan.
Sebagai sekolah yang baru memulakan operasinya, terdapat pelbagai kekangan yang dihadapi oleh murid-murid dan guru-guru ketika itu. Sekolah ini ketika itu kurang prasarananya kerana tidak mempunyai padang untuk aktiviti pendidikan jasmani. Selain itu, merekaj juga tidak mempunyai bangunan kantin, di mana para pelajar terpaksa membawa bekalan makanan dari rumah atau pun dari kawasan berdekatan. Bangunan sekolah ini juga tidak mempunyai perpustakaan.
Pada awal pembukaan sekolah ini hanya seramai 37 orang murid sahaja yang mendaftar dan hanya seorang guru sahaja iaitu Cik Raudzah Mohamad Arif di mana beliau merupakan guru yang dilantik tanpa latihan perguruan dan beliau juga ditugaskan merangkap guru besar di sekolah tersebut. Kesemua peralatan seperti kerusi guru dan murid, papan hitam dan lain-lain disediakan oleh pihak PULAPOL (Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur).
Pada tahun 1960, Pejabat Perbandaran Kuala Lumpur telah menghantar kerusi-kerusi dan meja-meja yang baru ke sekolah ini bagi menambah keselesaan para pelajar untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Pada tahun 1962, jumlah pelajar meningkat kepada 347 orang dan bagi mengatasi masalah kekurangan bilik darjah sekolah ini telah mengadakan dua sesi persekolahan iaitu sesi pagi dan sesi petang.
Pada tahun 1963, jumlah pelajar sekolah ini telah meningkat dari 347 orang ke 509 orang dan jumlah guru juga bertambah dari 8 orang kepada 19 orang. Bagi mengatasi masalah ini, Pengarah Pelajaran Perbandaran Kuala Lumpur telah mengarahkan seramai 175 orang pelajar sekolah ini bertukar belajar ke Sekolah Inggeris Jalan Gurney Dua.
Semenjak tahun 1959, Pengerusi Lembaga Sekolah ini iaitu Encik mohd Yusof bin Shukor telah berusaha keras bagi mencari sebidang tanah unutk dijadikan tapak Sekolah Kebangsaan Polis Depot dan pada tahun 1962 dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Selangor dan pegawai dari Pejabat Tanah Kuala Lumpur maka Kementerian Pelajaran Malaysia telah Berjaya membeli sebidang tanah seluas 6 ekar yang terletak di Mukim Ampang berhampiran Pusat Latihan Polis Depot atau dikenali dengan PULAPOL.
Pada 01 Jun 1964, pembinaan sekolah baru pun bermula. Pada 01 Disember 1964 , kerja-kerja pembinaan telah siap di laksanakan dengan terdirinya dua buah blok bangunan yang mengandungi 23 buah bilik darjah, sebuah bilik pejabat,bilik setor, bilik perpustakaan, surau, klinik pergigian bersama 3 buah padang permainan dan sebuah kantin. Pada 09 Januari 1965, Sekolah Kebangsaan Polis Depot yang baru mulalah digunakan dengan jumlah pelajarnya ketika itu meningkat ke 675 orang dan 26 orang guru telah ditugaskan mengajar di sekolah ini. Guru Besar pertama bertugas di sekolah ini ialah Encik Abu Hashim bin Hassan.
Kini Sekolah Kebangsaan polis Depot telah dinaikkan taraf oleh Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Bangunan yang warnanya telah usang telah dicat baharu dan segala kerosakan telah dibaiki. Sekolah ini turut ditambah dengan bangunan Makmal Komputer. Pihak sekolah dan pelajar juga bersedia dalam menuju era pendidikan Teknologi Maklumat dan bestari.