Prasekolah SK Polis Depot telah di tubuhkan pada tahun 1992. Prasekolah SKPD ini mula dibuka dengan dua buah kelas dan setiap kelas mempunyai 25 orang murid. Murid-murid pra sekolah adalah berumur dalam lingkungan lima dan enam tahun. Sasaran pra sekolah ialah untuk menyediakan ruang pembelajaran yang memberi keseronokan pada murid-murid, melahirkan murid-murid yang mempunyai kebolehan dalam kemahiran sosial dan dapat menguasai 95% kemahiran 3M iaitu kemahiran membaca,menulis dan mengira.
Pelbagai kemudahan disediakan di prasekolah ini termasuk taman permainan dan tempat bermain pasir dan air untuk aktiviti pembelajaran luar bilik darjah. Sesuai dengan konsep prasekolah ‘bermain sambil belajar’, pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara bertema. Selain itu, murid-murid ini juga mendapat peruntukan makanan dari pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Peruntukan makanan yang dapat dinikmati oleh murid-murid ini adalah untuk sarapan pagi iaitu sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran bermula dan makan pada waktu rehat iaitu pada pukul 10.00 pagi. Segala persediaan dan persiapan makanan murid akan disediakan oleh pembantu pengurusan murid.