Pusat Sumber



Perpustakaan merupakan sebuah tempat yang  menyediakan pelbagai sumber ilmu pengetahuan yang bermanfaat. Di peringkat sekolah lagi, murid-murid telah didedahkan dengan kepentingan perpustakaan. Peranan perpustakaan amat penting iaitu sebagai tempat membuat rujukan, mengulangkaji pelajaran, mengumpul dan menyebarkan maklumat dan menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Seiring dengan peredaran masa, perpustakaan telah mengalami perubahan sehingga dikenali dengan Pusat Sumber Sekolah(PSS).

Falsafah PSS
Mewujudkan pelajar yang seimbang, memperkembangkan potensi individu, melahirkan pelajar yang berketrampilan dan harmonis, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.

Matlamat PSS
Meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran, menggalakkan tabiat belajar dengan menggunakan pelbagai kemudahan, menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan, mewujudkan budaya membaca dan mempertingkatkan profesion perguruan.

Objektif PSS
Meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran dan prestasi pencapaian akademik, melatih murid mencari, mengesan dan menggunakan maklumat iaitu tabiat belajar kendiri.

Fungsi PSS
Mengenalpasti dan menyediakan koleksi bahan keperluan kurikulum dan ko kurikulum, berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran, penggalak aktiviti membaca, pengembangan kemahiran pembelajaran kendiri dan penyedia keperluan terkini Teknologi pendidikan.